Monday, 30 March 2015

MTQ Zon Gerik Utara 2015: Sk Plang Rangkul 2 Johan Kategori



 



                                                Muhammad Hazman B. Zulkiple 

                                               Nur Aleeya Saffiyah Bt Nasrul Muhaimin



Tahniah diucapkan buat adik Muhammad Hazman B. Zulkiple (Johan Tilawah Kategori Lelaki) dan adik Nur Aleeya Saffiyah Bt Nasrul Muhaimin (Johan Hafazan Kategori Perempuan) di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah baru-baru ini.Mereka berdua akan mewakili Zon Gerik Utara di  peringkat daerah.Semoga terus maju jaya di masa hadapan.




Wednesday, 25 March 2015

JUMAAT INI..

Pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput semua ibu bapa warga Sk Plang yang berkelapangan untuk hadir bersama-sama ke Mesyuarat Agung PIBG Sk Plang Ke-33 seperti yang telah dinyatakan.Kehadiran anda dialu-alukan.

Monday, 23 March 2015

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN








Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.


Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan mengembangkan sekolah-sekolah bestari. Selain itu, mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti swasta dalam negeri.


Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.


Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.


Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan.


Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.


Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.


Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.




Friday, 13 March 2015

AWAS! DENGAN CUACA PANAS!

                    Ekuinoks merupakan satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara. – Gambar AFP, 4 Mac, 2015.




Orang ramai, khususnya individu yang sering terdedah kepada cahaya matahari akibat faktor pekerjaan atau aktiviti lain, dinasihatkan berada di kawasan yang redup sekerap mungkin semasa fenomena Ekuinoks.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata ia bertujuan mengurangkan risiko kepada sebarang masalah kesihatan akibat cuaca panas.

"Sekiranya terpaksa berada di luar, gunakan topi atau payung serta krim pelindung cahaya matahari," katanya kepada Bernama hari ini.


Agensi Angkasa Negara (Angkasa) sebelum ini memaklumkan Ekuinoks merupakan satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara yang menyebabkan cuaca lebih panas dan tempoh siang di kawasan Khatulistiwa lebih panjang daripada biasa.

Katanya, selain individu yang terpaksa bekerja dalam cuaca panas seperti nelayan, anggota keselamatan dan buruh, golongan bayi dan kanak-kanak di bawah usia empat tahun juga amat sensitif terhadap suhu tinggi.

"Pastikan kanak-kanak tidak ditinggalkan dalam kereta. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada orang dewasa bagi mendapatkan bekalan air yang cukup serta mengawal suhu persekitaran," kata beliau.

Bagi mengurangkan kesan fenomena Ekuinoks di rumah atau bangunan, Dr Lokman Hakim menyarankan supaya peralatan elektrik yang tidak digunakan dimatikan, selain membuka tingkap pada waktu malam atau awal pagi untuk mengeluarkan haba yang terkumpul.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan Ekuinoks kerana ia fenomena biasa yang berlaku dua kali setahun, pada Mac dan September.

Menurutnya tidak semua tempat dalam negara akan mengalami suhu yang tinggi, namun negeri-negeri di utara diramal menghadapi suhu lebih tinggi berbanding negeri lain.

Katanya peningkatan suhu dijangka meningkat satu atau dua darjah Celcius sahaja akibat Ekuinoks.

"Ia juga dipengaruhi faktor cuaca. Kalau hujan sudah tentu suhu tidak terlalu tinggi semasa Ekuinoks," katanya. – Bernama, 4 Mac, 2015.

Thursday, 12 March 2015

PORTAL RASMI SK PLANG TERKINI SEDANG DIJANA

Dimaklumkan bahawa portal rasmi Sk Plang ini masih sedang dijana dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung April 2015.Insyaallah..