Wednesday, 14 February 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018 PERINGKAT SK PLANG

Pada 12 Februari 2018 Unit Pusat Sumber Sk Plang diketuai oleh Puan Khairani telah menganjurkan Pelancaran Program Nilam 2018 peringkat Sk Plang bertempat di dewan terbuka SKP. Pelancaran Program Nilam telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Plang iaitu Puan Siti Hafsah Binti Mohamed Noor.Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program..

Monday, 5 February 2018

MESYUARAT PIBG KALI KE-36 DAN PERASMIAN DEWAN TERBUKA SK PLANG

Pada 2 Februari 2018 telah berlangsung mesyuarat PIBG kali ke-36 dan perasmian dewan terbuka sekolah.Mesyuarat dan dewan telah dirasmikan oleh YB Dato'Hj Hasbullah Bin Hj Osman Ahli Parlimen Gerik.Terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat.

Pelancaran Frog-Vle dan Taklimat Pembelajaran Maya Frog Vle 2018

Pada 30 Januari telah diadakan pelancaran frog-vle peringkat sekolah dan taklimat penggunaan pembelajaran maya frog-vle yang disampaikan oleh wakil dari pihak syarikat UniCliq Sdn Bhd iaitu Cik Zafira Haoqal(manis orangnya..hmm..
.Taklimat ini melibatkan guru-guru,ibu bapa murid tahun 4,5 dan 6 dan murid-murid tersebut.Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UNTUK MURID DAN IBU BAPA

Pada 29 Januari 2018 telah diadakan ceramah motivasi kecemerlangan untuk ibu bapa dan murid tahun 4,5 dan 6.Ceramah disampaikan oleh Kpt Sabarin.Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan kerjasama yang baik pada pihak sekolah.