Monday, 20 February 2017

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG & PROGRAM MENTOR MANTEE, PELANCARAN PROGRAM MINGGU ANTIDADAH & PENYERAHAN SIJIL DAN PINGAT KEPADA ATLIT SEKOLAH

Isnin,20 Februari 2017,Badan Hal Ehwal Murid Sk Plang telah mengadakan Pelancaran Program Sekolah Penyayang & Program Mentor Mantee serta Pelancaran Program Minggu Antidadah yang telah dirasmikan oleh Puan Hjh Noraini,Guru Besar Sk Plang di dataran perhimpunan sekolah.Di samping itu,beliau juga telah menyampaikan sijil dan pingat kepada atlit -atlit olahraga dan pasukan ragbi sekolah.Tahniah Sk Plang!

Wednesday, 15 February 2017

TAHNIAH SK PLANG!!!!! 2 EMAS 3 PERAK !!

Pada 13 dan 14 Februari 2017, telah berlangsung kejohanan olahraga dan balapan peringkat zon utara Hulu Perak bertempat di padang Sk Mahkota Sari. Skuad olahraga Sk Plang di bawah pimpinan Puan Razlinda dan Encik Mirzuan Faiz berjaya merangkul 2 pingat emas dan 3 pingat perak.Adik Syahada Bt Mamat pula dinobatkan sebagai olahragawati pada kejohanan tersebut sekaligus melayakkan Sk Plang mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. Tahniah buat atlit-atlit dan semua guru Sk Plang.Semoga terus melakar kejayaan di masa hadapan.Terima kasih juga buat Guru Besar Sk Plang, Puan Hjh Noraini kerana sudi menaja KFC buat atlit dan guru yang terlibat pada hari tersebut.

PLC: TAKLIMAT PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD 21

Pada hari Sabtu,11 Februari 2017,Sk Plang dengan kerjasama pegawai-pegawai SISC+ Hulu Perak telah menjayakan program LADAP berkaitan PLC dan Pembelajaran Abad 21.Program ini dihadiri oleh 18 orang guru dari Sk Plang dan 4 orang pegawai SISC+ dari PPD Hulu Perak.Guru-guru telah didedahkan dengan apa itu Professional Learning Community (PLC) dan strategi pembelajaran abad 21.Banyak manfaat dengan ilmu yang telah disampaikan.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

2017 : PELANCARAN KEMPEN JOM KE SEKOLAH 6 FEBRUARI 2017