Wednesday, 15 February 2017
TAHNIAH SK PLANG!!!!! 2 EMAS 3 PERAK !!
Pada 13 dan 14 Februari 2017, telah berlangsung kejohanan olahraga dan balapan peringkat zon utara Hulu Perak bertempat di padang Sk Mahkota Sari. Skuad olahraga Sk Plang di bawah pimpinan Puan Razlinda dan Encik Mirzuan Faiz berjaya merangkul 2 pingat emas dan 3 pingat perak.Adik Syahada Bt Mamat pula dinobatkan sebagai olahragawati pada kejohanan tersebut sekaligus melayakkan Sk Plang mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. Tahniah buat atlit-atlit dan semua guru Sk Plang.Semoga terus melakar kejayaan di masa hadapan.Terima kasih juga buat Guru Besar Sk Plang, Puan Hjh Noraini kerana sudi menaja KFC buat atlit dan guru yang terlibat pada hari tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment